Tanda kehilangan

Tanda anda akan kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup anda, berdasarkan kajian pakar adalah seperti berikut. Selalunya ia adalah gantian kepada "anda tidak lagi diperlukan" ataupun wanita/lelaki itu sudah bertemu dgn mereka yang boleh menggantikan anda :

1)Layanan dingin- enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan 'sibuk'.
2)Pemarah/ Mencari Salah- kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian menggelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya- tanya?
3)Alasan tak logik- enggan luangkan masa dengan anda sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda.
4)Berahsia- Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka anda melihat mobile bag atau barangan peribadi yang lain.
5)Panggilan misteri- Kerap dengan urusan kerja- overtime, outstation, gym, kecemasan dan menemani boss katanya. Perbualan telefon dengan si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, berbisik dan singkat jawapanya!
6)Penampilan berubah- Lain tingkah-lakunya, semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu.
7)Masalah duit- Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, pelbagai alamat email dan lain-lain.
8)Kemesraan hilang- Dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu. Tiada buah tangan sebagai tanda ingatan!
9)Teman2 lari- Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung.
10)Naluri- tiba- tiba mengesyaki sesuatu yang tidak kena tapi tiada bukti atau petanda sahih! Perhubungan semakin lama semakin rengang jadinya.


0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top SHARING IS NOT A CRIME... Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.